WADAH-ABIM-PKPIM Kedah Anjur Wacana Murabbi Ummah: Gagasan Pemikiran Dakwah Ustaz Dr. Siddiq Fadzil

November 4, 2021
editor@abim

Alhamdulillah, pada 8hb Oktober 2021, telah berlangsung satu program wacana anjuran WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Kedah secara hybrid melalui platform Zoom Meeting, Live Streaming serta fizikal.

Wacana ini melibatkan 3 pembicara hebat iaitu Tuan Haji Azmi Abdul Hamid (Cikgu Azmi – Presiden MAPIM) yang membicarakan topik “Menyegar Gerakan Dakwah – Memugar Pemikiran Dr Siddiq Fadzil”.

Cikgu Azmi menegaskan, “Hari ini kita membicarakan tentang ‘ketokohan’ seorang tokoh. Kita mampu menggelarkan ramai tokoh, namun untuk mencari seorang tokoh yang mempunyai ketokohan seumpama Almarhum Dato’ Dr. Siddiq Fadzil amatlah sukar.”

Topik yang dibawakan oleh pembicara kedua, Dato’ Paduka Haji Ahmad Bin Kasim (Pengerusi Syura WAP Kedah) pula adalah “Dimensi Pemikiran SIDDIQ – Apresiasi buat Dato’ Dr Siddiq Fadzil Murabbi Ummah”.

Manakala pembicara terakhir Ustaz Hazwan Syah (Yang Dipertua ABIM Kedah) memfokuskan kepada matlamat ‘Gerakan Ilmu dan Bakti’. Ustaz Hazwan menegaskan, “Almarhum Dato’ Dr. Siddiq Fadzil telah pergi, namun idea-idea dan cetusan beliau perlu dikembangkan.”

Wacana ini berjalan dengan baik dengan hujah-hujah yang sangat berilmu daripada semua ahli panel. Siaran ulangan ini boleh ditonton semula di sini. Semoga wacana ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Turut diadakan pada sebelah malamnya, Majlis Perasmian Sambutan Bulan Maulid 1443H (peringkat ABIM Kedah) dengan Ucapan Perasmian disampaikan oleh Ustaz Hafiz Mustafa (Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah). Ucapan Taujihat disampaikan oleh Syeikh Dr. Muhammad Darwisyh (Pensyarah Jamiah Imam Syafie, Indonesia) manakala Ucapan Aluan oleh Ustaz Hazwan Syah (YDP ABIM Kedah).

Antara program menarik sepanjang sambutan Bulan Maulidur Rasul 1443H adalah Bicara Maulid, Forum Khas Maulidur Rasul dan Bedah Buku.

Bicara Maulid: Siri 1 – Maulid Barjanzi – 11hb Oktober 2021 (Isnin); Siri 2 – Maulid Dibaei – 18hb Oktober 2021 (Isnin); dan Siri 3 – Maulid Burdah – 25 Oktober 2021 (Isnin). Forum khas Maulidur pula pada 19hb Oktober 2021.

Sementara itu, Bedah Buku pula berlangsung pada ketetapan berikut: Siri 1 – 14Oktober 2021 (Khamis); Siri 2 – 21 Oktober 2021 (Khamis; Siri 3 – 28 Oktober 2021 (Khamis; Siri 4 – 1 November 2021 (Isnin; dan Siri 5 – 4 November 2021 (Khamis).

Semoga banyak manfaatnya dalam mencambah dan menyuburkan kecintaan kita kepada Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR