Wakaf Lantai Pusat Dakwah & Tarbiah WADAH

April 22, 2015
editor-media

Projek pembangunan Pusat Dakwah dan Tarbiyah WADAH, Kg. Sg. Merab, Sepang telah mula diusahakan sejak setahun yang lalu ekoran dari inisiatif seorang Pewakaf yang telah mewakaf sebidang tanah kepada WADAH. Majlis pecah tanah telah diadakan pada 20 April 2014. Tawaran Wakaf Lantai merupakan salah satu sumber dan kaedah bagi mengumpul dana untuk menjayakan projek ini. Lembaga Pemegang Amanah Harta WADAH menawarkan kepada orang awam untuk membeli dan mewakafkan kembali bagi tujuan pembinaan bangunan pusat ini.Nilai wakaf lantai adalah RM 150 bagi setiap kaki persegi.

Bagi penyumbang yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk cek/tunai, sumbangan tersebut boleh dibuat atas nama: `TABUNG PEMBANGUNAN WADAH`. Butir-butir Akaun: (i) Maybank Islamic 562834623920, (ii) Bank Muamalat 12100000677718

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR