Wakil Antara Agama Ketengah Agenda HOPE Pertahan Kepentingan Institusi Keluarga - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Wakil Antara Agama Ketengah Agenda HOPE Pertahan Kepentingan Institusi Keluarga

22 April 2015:- Seminar “Kekeluargaan dari persepktif agama” telah dianjurkan secara bersama antara Masjid Tuan Mirzan Zainal Abidin (Masjid Besi Putrajaya), Islamic Outreach Centre, ABIM dan FGIS. Seminar ringkas ini dipengerusikan oleh Ahmad Fahmi Mohd Samsudin telah diisi barisan panelis seperti Sri Saranakara, Father Philips, Dato’ Jega Sathya Sai Baba, dan Abu Shariz Badr bin Saraju.

Seminar ini membicarakan mengenai kepentingan institusi keluarga dari perspektif pelbagai agama. ABIM merupakan salah satu badan gabungan yang menggerakkan FGIS, satu kerjasama antara pelbagai agama di negara ini. Antara program yang pernah dianjurkan ialah solidariti di Masjid Besi dalam tragedi MH370 dan MH17 yang turut diadakan di Masjid Besi Putrajaya.

Terdahulu masjid tersebut turut meraikan rakan-rakan, pimpinan antara pelbagai agama untuk merasai suasana berbuka Puasa di perkarangan masjid dan bersolidariti dalam isu kemanusiaan di Palestin. Di penghujung seminar, wakil-wakil antara agama ini sepakat untuk mengetengahkan agenda HOPE (Honouring Our Parents Everyday) sebagai amalan utama merentasi kepelbagaian latar belakang agama di kalangan generasi muda di negara ini.

 

 

 

[Terkini] Seminar Religion Interfaith ‘Kekeluargaan menurut perspektif Agama’ Di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni,…

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Wednesday, 22 April 2015