
12hb Februari 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerima kunjungan seramai 14 orang diketuai oleh Rev. Fr. Gregory Chan dari Gereja Katolik Pejabat Belia Keuskupan Agung Kuala Lumpur (ASAYO) di Masjid Negara KL. Rombongan mereka disambut oleh Sdr Ahmad Fahmi Samsudin, Naib Presiden ABIM dan Pn Normah Sulaiman, Pengarah Masjid Tour Guide, Islamic Outreach ABIM (IOA).
Kunjungan ini merupakan inisiatif pertama mereka selepas pertemuan Ketua Paderi Kuala Lumpur, Julian Leow Beng Kim bersama-sama dengan Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ni. Diskusi berkisar soal bagaimana mereka ingin memahami berkenaan Islam, perbincamgan dua hala berkenaan perpaduan, konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Mereka juga ingin mendalami dengan lebih lanjut berkenaan ibadat Puasa-Zakat dan Sifat-sifat Allah Ar Rahman dan Ar Rahim.
Rombongan juga turut dibawa untuk melihat umat Islam menunaikan solat Isyak berjamaah di ruangan dewan utama Masjid Negara. Pembentangan dan perkongsian berkenaan Islam disampaikan oleh Dr. Sayyid Hussain dari Islamic Outreach ABIM dan turut dibantu oleh beberapa sukarelawan IOA. Penganut agama Kristian Katolik ketika ini juga sedang menjalani puasa mereka sempena lent selama 40 hari. Ahmad Fahmi berkata, kunjungan muhibbah seperti ini merupakan inisiatif yang berkesan untuk setiap penganut agama memahami dengan lebih lanjut berkenaan agama lain selain dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
ABIM TERIMA KUNJUNGAN GEREJA KATOLIK ASAYO DI MASJID NEGARA.12hb Februari 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, Angkatan Belia…
Posted by Abim Pusat on Friday, 12 February 2016
