Wanita Sebagai Pejuang Syafaqah (Kasih Sayang) - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Wanita Sebagai Pejuang Syafaqah (Kasih Sayang)

12 Disember 2015, Universiti Malaya:- Puan Nur Azura Kamarudin Sohami telah menyampaikan pengisian sempena Kelas Ketiga Daurah Risalah An-Nur 2.0 yang dianjurkan oleh PKPIM Universiti Malaya. Daurah Risalah An-Nur 2.0 ini mengangkat karya agung peninggalan Badiuzzaman Said Nursi Risalah Pedoman Wanita Meniti Zaman. Ketika memulakan bicara, Puan Nur Azura Kamarudin Sohami menyarankan untuk mendapatkan karangan monumental Buya HAMKA, Peranan Wanita. Rumusan perbincangan antara lain menyimpulkan Hikmah wanita sebagai pendidik nilai, pejuang syafaqah-kasih sayang, mahabbah asas pembinaan keluarga mawaddah wa rahmah dan falsafah hijab yang mengesankan para hadirin. Ikuti video penuh daurah ini di bawah ini:-