Warga Pendidikan ABIM Kedah Laksanakan Solat Hajat Sempena Sambutan Kemerdekaan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Warga Pendidikan ABIM Kedah Laksanakan Solat Hajat Sempena Sambutan Kemerdekaan

27 Ogos 2015, Alor Setar, Kedah Darul Aman:- Sempena sambutan Kemerdekaan ke-58 pada 31 Ogos ini, bertempat di Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar, Kedah Darul Aman, seluruh warga pendidikan ABIM Kedah yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Sains Tahfiz( SEMESTI) dan Sek. Rendah Islam (SERIAS) telah mengadakan solat dhuha dan solat hajat khas. Sepanjang sessi ini seluruh hadirin berdoa agar Negara Malaysia tercinta sentiasa berada dalam keadaan sejahtera, aman serta makmur serta menerima perlindungan dan rahmat dari Allah s.w.t.