Y-Centre Anjur Perkongsian Bersama Tokoh Belia Negara - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Y-Centre Anjur Perkongsian Bersama Tokoh Belia Negara

19 – 21 November 2015, Alor Setar:- Y-Centre UTC Kedah telah mengambil kesempatan sempena musim cuti sekolah dengan menganjurkan Kem Jati Diri Muslim yang telah berlangsung di Komplek Rakan Muda Baling pada 19 hingga 21 Nov 2015. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut berkerjasama bagi menjayakan kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini.

Pelbagai pengisian yang bermanfaat diberikan kepada semua peserta yang terdiri daripada 80 pelajar sekolah di seluruh Negeri Kedah. Kem pada kali ini turut menjemput YDP ABIM Negeri Kedah Ustaz Zul Asri Bin Mohd Sani dan bekas Tokoh Belia 2014 dan Tokoh Asean 2014 saudara Jufitri Bin Joha untuk berkongsi ilmu bagi memantapkan jatidiri para peserta.

 

Y-Centre UTC Kedah telah mengambil kesempatan sempena musim cuti sekolah dengan menganjurkan Kem Jati Diri Muslim yang…

Posted by ABIM KEDAH on Monday, 30 November 2015